Mahathir Kata Mad Sabu Kawan Dia.

DEPA KATA ... Mahathir harap BN tewas di PRK. Jelas bermakna Mahathir sedang berkempen untuk pembangkang.
"Jangan kira siapa calon, Yang utama ialah mengalahkan BN, Masalah terbesar kita adalah pemerintahan Najib, Negara dalam bahaya. Lupa permusuhan dahulu. Sekarang niat hanya untuk singkirkan Najib."
"Inilah kerajaan yang perlu dijatuhkan secepat mungkin" -
"Kawan saya mat sabu" - Mahathir Stadium Melawati Shah Alam.





Iskkk...!!!! 

semalam masa di Stadium Melawati Shah Alam, akhirnya Mahathir mengaku bahawa Mad Sabu adalah kawan beliau, pasai tu lah mahathir tak pernah saman Mad Sabu sejak dari dulu lagi walaupun macam macam Mad Sabu dok pangei kat Mahathir nih.... la nih kita tau dah.,, siapa Mad Sabu di hati Mahathir.

Semalam juga Mahathir mahukan semua orang kalahkan Barisan Nasional termausklah pada pilihan raya kecil Sg Besaq dan Kuala Kansaq, Depa Kata Najib akan jatuh kalau BN kalah di dua tempat tersebut, kesian kat Mahathir makin tua makin bodoh dalam kira kira.

Semalam jugak kita nampak dalam stadium ada orang asli mai, tak taulah depa bawa orang asli dari mana, mungkin dari gombak kot sebab Selangor masih ada orang asli lagi, munglin Mahathir nak bantu mereka lantak pi lah jalan baik tu..sebab Azmin pun tak buat apa lama kat Selangoq nih.

Mahathir dok kata nak selamatkan Malaysia, semalam pun dok pakai tema tu juga, cuma kita tak taulah nak selamatkan yang macam mana, mungkin selamatkan orang basli dari Azmin kot, tak tau lah.

Tapi kalau nak di ikutkan sejak zaman reformasi lagi sudah diteriakkan 'Selamatkan Malaysia' tahun 1998 masa tu Mahathir masih PM dan Anwar jadi kepala reformasi selamatkan Malaysia dan Azmin dok bawah ketiak Anwar masa tu, kemudian dalam siri jatuhkan Paklah, Mahathir jadi kepala puak dia, Azmin dan Anwar 'stay clam' depa dok spray racun kat puak puak Mahathir.

La nih bila Mahathir lancarkan gerakan selamatkan Malaysia guna orang Asli pula lagi, Azmin dok ada dalam kumplan Mahathir pulak, Wan Azizah anak beranak tak nampak bayang, tau lah depa masih berdendam dengan Mahathir, tapi Mahathir nyanyok pelupa nih dok perasan Azmin dok sokong dia.


Mahathir mengahalakan semua perkara tetapi dia lupa Azmin dok perangkap dia, dalam diam diam Mahathir kena main dengan puak PKR nih walaupun Wan Azizah dan anak beranak tak join tapi wakil keluarga Anwar dok ada dalam kelompok Mahathir siapa dia kalau bukan Azmin.

Ramai orang tahu Azmin sejak dari dahulu tidak suka pada Mahathir, depa kata zaman Mahathir negara huru hara, ganti dengan paklah pun negara masih huru hara, ganti dengan Najib pun depa kata masih huru hara, maknanya sejak zamn Mahathir pecat Anwar negara sudah dalam huru hara pada puak PKR nih, jadi apa untungnya puak PKR dan Azmin ini berada bersama Mahathir.

Senang cerita, Mahathir memudahkan kerja Azmin dan pembangkang untuk ambil alih negara, Azmin bijak mengunakan kebodohan Mahathir yang kuatnya bernafsu nak tongkat dunia, jadi kenapa perlu kita sokong Mahathir yang mahu memusnahkan negara dan bakal menyerahkan negara ini kepada komunis bandar yang dok te-nang lama nak hapuskan ketuanan Melayu.

Nasib baik lah Anwar masih dok adalam jeriji besi, kalau Anwar ada kat luaq mampuih pi lah Mahathir kena kuti dengan Anwar dan Azmin, bak kata orang dalam, kalau ada Anwar sekarang habis lah Mahathir, tapi kami tak minta lah Najib bebaskan Anwar.


Azmin mahukan PM yang berjiwa reformasi, jadi siapa? Tentu lah Anwar Ibrahim.

Tapi kami nak jugak ucap terima kasih kat Mahathir kerana akui Najib ini "luar biasa", dalam berani dia takut juga dengan Najib sebab banyak juga Najib simpan rahsia dia anak beranak.

No comments:

Post a Comment