Keputusan UMNO Paling Gila?

DEPA KATA - Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.
Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?
Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka?
Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 jam sehari sepanjang tempoh  kempen nanti sedangkan beliau baru saja kematian suami pada 5 April lalu?
Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN?
Kalau pun benar ingin sangat kepada kemenangan dan menjaga air muka Najib, apakah hukum Tuhan mahu diengkari?
 
Pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini. 





Iskkk...!!!

Pelik betul tengok perangai depa ni, Tidak dinafikan calon BN itu adalah seorang balu, tapi tang mana yang dia tidak mengikut dan menghormati ajaran agama Islam?

Itu sebab beliau mewakilkan anak sulungnya untuk menerima watikah pencalonan, sebab dia menghormati ajaran dan menghormati pandangan ulama lah maka Datin Mastura buat lagu tu, dia tak tonjolkan diri dikhalayak.

Tapi biasa lah puak nih mana puas hati ,hang tak puas hati lagi, kata pulak macam mana nak berkempen? nak kenal kan diri? dan jumpa masyarakat?, Hang ketinggalan kot, .. la nih macam macam cara ada dengan teknologi, boleh sahaja guna Skype, sidang video terbuka secara terus, off line video recording pun boleh sekarang la nih, hang ketingalan.

Awat kalau tak keluaq gumah tak boleh kempen ka? tu calon DAP ketika masih dalam lokap tetapi dia tetap menang mengalahkan calon BN yang berkempen bagai nak rak, hang lupa sejarah ka? tu ada lagi sekoq pun seropa juga kempen dari dalam lockup ja..tapi nasib baik kalah.

Kalau hang kata pemilihan calon ini keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO, konon terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini, pun hang silap juga, cuba tengok dalam parti pembangkang berapa ramai yang ambil alih kerja bapa, pak mentua, laki bini, anak menantu ok ja, hang tak kata apa pun, tapi kena tang UMNO hang kata UMNO dah sakit? bodohlah hang.

Hang patut tahu, bahawa takda dalam peraturan SPR, balu tengah edah tidak boleh jadi calon, waima kes DAP itu membuktikan calon 'ghaib' pun boleh disahkan kemenangan oleh SPR meskipun tidak hadir masa penamaan calon, tak pernah tunjuk muka sepanjang kempen dan masa pengumuman keputusan.

Jangan cerita bab beragama orang lain, kalau hang pandai bab agama hang pun jadi bloger tepi jalan ja bukan jadi Mufti atau Ustaz pun.

No comments:

Post a Comment