Urusan Peribadi Lebih Penting Berbanding Perdana Menteri?



DEPA KATA - "Sabri Cheek Dan Jailani Johari, dikatakan tidak turut serta sewaktu sambutan kehadiran lawatan kerja sehari Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ke Terengganu.
Susunan program yang dibuat oleh Pejabat Menteri Besar telah mengaturkan bahawa Perdana Menteri aka memulakan lawatan kerja dengan melakukan tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang dan kemudiannya merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional negeri.
Sebelah petangnya pula, Dato' Seri Najib dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke ibu negara". - Rakyat Terengganu.







Iskkk...!!

Kalau ikutkan apa depa kata tu memang tak patutlah dua orang penting ini tidak hadir, sedangkan yang susun rangka lawatan Perdana Menteri adalah pejabat Menteri Besaq Teganu sendiri.

Depa kata lawatan kerja sehari Dato' Seri Najib ke Terengganu sebagai amat memalukan rakyat Terangganu sendiri kerana dua orang penting di Terangganu yang mewakili parlimen Terengganu ia ini Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman tidak hadir bagi program Lawatan Kerja Sehari Perdana Menteri di Terengganu.

Mengikut cerita orang Terengganu sendiri apabila di soal kemana hilang dua orang ahli parlimen ini jawapan yang di terima amat 'klise' dan seperti tidak menghormati Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Yang di Hulu Terengganu depa kata tak sempat turun padang bersama PM sebab konon nak menyiapkan soalan Dewan Rakyat, Adehhh tang nih ada sedikit lah myuskil apa Ahli Parlimen ini tidak cukup pegawai ka? sahingga kehadiran Perdana Menteri tidak begitu penting kepada beliau?.

Lagi satu Ahli Parlimen yang dari Kemaman pula depa habaq lagi tak patut, adaka masa Najib dok ada kat bumi Terengganu ahli Parlimen Kemaman boleh dok ada kat Bangkok, ungkin Ahli Parlimen Kemaman ini rasa kehadiran Perdana Menteri tak sepenting kerja dia kot, atau Ahli Parlimen ini rasa urusan kerja dia lebih penting daripada kunjungan Perdana Menteri dan Rakyat Negeri Terengganu sendiri.

Ramai rakyat Terengganu merasakan bahawa kedua Ahli Parlimen ini lebih mementingkan urusan peribadi depa berbanding Perdana Menteri, Depa kata tidak sepatutnya sebagai Menteri yang berada dibawah kabinet yang dilantik oleh Dato' Seri Najib mengetepikan 'Boss' mereka dan Rakyat.

Bukan apa kita kuathir rakyat akan menilai tahap sokongan kedua mereka terhadap Presiden UMNO dan rakyat, mungkin pada PRU14 nanti rakyat pula yang akan menghukum mereka jika rakyat merasakan ahli parlimen mereka tidak memberi sokongan dan keutamaan kepada ketua dan rakyat tempatan.

Saja nak kasi maklum, Terengganu mempunyai lapan parlimen, tiga parlimen di miliki oleh PAS dan satu dimiliki oleh Pengerusi PAN Terengganu, Dato' Kamarul Bahrin dipihak Pembangkang, manakala empat lagi milik Barisan Nasional.

Hangpa jangan ingat Perdana Menteri tak tau apa yang berlaku, Dato' Seri Najib tau, cuma Dato' Seri Najib ini suka bersangka baik-baik sahaja, tapi kalau hampa dok ligat kepala tau lah dia nak ajaq hampa ikut saloran mana nanti.

No comments:

Post a Comment